Keeping Memories Alive <body>


Hye readers!



future husband Mr.N!

so, welcome to My Memories. Just sharing, and you are reading My Memories. eventhough, I might not know who reads my memories. but I know it's you really cares about me. tQ again ^_^
hope you're enjoying while visiting and reading, God Bless ^^

Me Chrissy


I'm a Seventh-Day Adventist
I'm not a girl, but not yet a woman. well ya, I'm a person really easy going, sometimes it changed so sensitive. I'm a kindergarten Teacher, I'd choosed my life's purpose is my God's Purpose. because He's my Author for Alpha and Omega. Proud the be His servant. one more important thing, I'm a youngest sister in six siblings. I love my Mummy damn much!


My Day-dreaming

master being a Vilonist

Wife-to-be - Mr.N

owned Gospel's Album

build a house on the hill


Credits

Designer: Wyona
Images: Cyworld | Wyona
Host: blogger | photobucket
Pixels: GG | Happyy-stop
Reference: blogskins



Keeping Memories Alive

Jesus? this is Your answer for my future?
Fasting For Future (FFF)
pengalaman wira-wira negara Malaysia
my Lastest mooody2
sunday's story
Adventist Youth ( AY )
I'm a servant of the Lord
afternoon's bath
7 info to help your better zzz's
new skin for lovely Blog ^^


STUDY TIME~
Tuesday, October 12, 2010

Isu ragut adalah isu hangat yang diperkatakan di media massa mahupun di setiap lapisan masyarakat
pada masa kini. pada 27 september 2006 peristiwa ngeri Zheng Zi warganegara China, Zheng Zi adalah
mangsa dalam kejadian ragut, beliau diragut dan dikelar dengan parang. Dimanakah sikap
perikemanusiaan pada zaman sekarang? Jenayah ragut ini bukan sahaja menjejaskan keharmonian
masyarakat, malah perbuatan terkutuk ini telah menconteng arang dalam imej negara. persoalannya
sekarang, apakah peranan pihak berkuasa dan masyarakat dalam menangani isu ini?
pihak berkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia haruslah bertindak tegas melalui tindakan iaitu
menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada. hukuman yang dikenakan mestilah memberi impak
kepada masyarakt, agar mereka akan merasa takut dan gentar untuk terjebak dalam kes ragut. selain itu,
undang-undang atau hukuman yang digariskan hendaklah diuar-uarkan kepada khalayak agar
menimbulkan kesedaran. contohnya, menunjukkan demonstrasi iaitu hukuman yang dikenakan kepada
peragut, hal ini akan membuka mata masyarakat supaya menjauhkan diri daripada terjebak masalah ragut.
Polis haruslah bersikap lebih proaktif dengan membuat rondaan ke kawasan yang berpotensi untk
dijadikan tempat sarang peragut, seperti belakang bangunan,lorong-lorong bangunan, kawasan
perhentian bas yang sunyi dan banyak lagi. Polis juga haruslah mempunyai komitmen yang tegas dalam
menjalankan tugas dan tidak bersikap seperti melepaskan batuk di tangga. Tetapi semua itu belum
mencukupi, kawalan juga hendaklah dikuatkuasakan selama 24 jam. Sehubungan dengan itu, walaupun
kes ragut tidak boleh dibasmi seratus peratus, sekurang-kurangnya masyarakt dapat mengurangkan rasa
kebimbangan dan ketakutan mereka, dan mereka akan merasa selamat dan aman.
Pihak sekolah juga mempunyai peranan yang sangat penting dalam menangani masalah ini.
pemupukan pengetahuan tentang keselamatan perlu bermula dari akar umbi lagi seperti kata pepatah
melayu mengatakan "meluntur bulu biarlah dari rebungnya". Oleh itu, langkah awal yang boleh diambil
untuk membendung masalah ini sewajarnya di dalam sekolah. Di sekolah, pelajar-pelajar dapat
didedahkan tentang bahayanya jenayah ragut. Kementerian Pelajaran seharusnya menggubal kurikulum
berkaitan dengan keselamatan diri dalam menghindar diri dari jenayah ragut. Secara tidak langsung ianya
mampu memupuk kesedaran sivik agar pelajar-pelajar menjauhkan diri dalam jenayah ragut. Tambahan
pula, pihak sekolah perlu menguar-uarkan kesan negatif jenayah ragut dengan menayangkan visual-visual
kejadian ragut dan gambar-gambar mangsa ragut. Justeru itu, pelajar-pelajar tidak digalakkan
bersendirian sewaktu pergi dan pulang dari sekolah.
Selain daripada itu, masyarakat juga tidak boleh bersikap seperti 'enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing'. walaupun mangsa itu bukanlah ahli keluarga kita, masyarakat tidak seharusnya
memandang sambil lewa dalam kes berat ini. Jikalau masyarkat terlihat kes ragut berlaku di depan mata,
tidak seharusnya berasa takut untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa. Mereka sememangnya tidak
digalakkan mengambil tindakan sendiri, tetapi sekurang-kurangnya membantu pihak berkuasa melalui
mengenal pasti kenderaan yang digunakan, warna baju peragut dan sebagainya. Hal ini dapat membantu
pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan selanjutnya.
sebagai ahli masyarakat, ibu bapa juga harus memberikan kerjasama. Ibu bapa yang bijak haruslah
lebih peka dalam kejadian ragut ini. tindakan awal ibu bapa itu dapat memastikan anak-anak berada dalam
persekitaran yang selamat. Jangan biarkan anak anda berjalan bersendirian terutamanya anak perempuan,
pastikan mereka berjalan berkelompok dan ramai. selalulah menasihat anak anda untuk menjauhkan diri
dari orang yang mencurigakan, Justeru itu, sebagai langkah keselamatan, ibu bapa haruslah menghantar
anak-anak mengikuti kelas seni mempertahankan diri.
Jangan suka bersikap menunding jari antara pihak. Marilah berganding bahu untuk membendung
masalah ini. Semua pihak perlu memandang serius dengan permasalahan jenayah ragut ini agar tidak
berasa trauma dengan isu ragut. Pihak berkuasa dengan bantuan masyarakat perlu lah berganding bahu
umpama melayu ' bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.





KARANGAN MADE BY TINY


10:29 PM | <>0 comments